Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

72) TANAH RIZAB MELAYU SG TELAGA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria yang digunapakai ketika menukar status Tanah Rizab Melayu Sg Telaga yang telah diusahakan selama 30 tahun oleh 50 penduduk Kg Kemensah menjadi Hutan Simpan Ulu Gombak Tambahan?

    Berdasarkan rekod pentadbiran ini, tanah rizab Melayu Sungai Telaga (GN8287-28) dan Sungai Telaga Tambahan (GN 7884-32) masih berstatus tanah rizab Melayu dan tiada pembatalan pernah dibuat. Bagi kriteria bertukar dari Hutan Simpan Hulu Gombak perlulah dirujuk ke Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan sekiranya penukaran status tanah rizab Melayu ke Hutan Simpan Ulu Gombak dilakukan maka perlulah digantikan tanah rizab Melayu tersebut dengan keluasan yang setara dengan pengambilan tanah rizab Melayu sebagai hutan simpan.

  2. Apakah faktor-faktor yang diambilkira oleh Kerajaan bersetuju dengan tindakan Jabatan Perhutanan Selangor menukar status kawasan kebun buah-buahan menjadi Hutan Simpan Kekal dengan kurang mengambil kira kesesuaian tindakan tersebut dan nasib penduduk yang mengusahakan?

    Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

  3. Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk membela nasib 50 penduduk yang mengusahakan tanah tersebut?

    Pentadbir Tanah Gombak akan membuat siasatan / bancian bagi mengetahui status sebenar 50 orang pengusaha tersebut di atas tapak tanah rizab Melayu Sg Telaga.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.