Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

88) TANAH RIZAB MELAYU

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kawasan Tanah Rizab Melayu mengikut daerah?

    Berikut pecahan kawasan Tanah Rizab Melayu mengikut daerah:

    BIL DAERAH BILANGAN TANAH RIZAB JUMLAH

    KELUASAN

    (ekar)

    1. Sabak Bernam 13 191,419.004
    2. Kuala Selangor 66 57,779.831
    3. Klang 14 19,913.801
    4. Gombak 19 11,543.458
    5. Petaling 7 2,776.141
    6. Hulu Langat 15 33,473.474
    7. Kuala Langat 14 45,272.742
    8. Sepang 16 24,802.360
    9. Hulu Selangor 29 39,353.69
    JUMLAH 193 426,434.50
  2. Apakah strategi dan kaedah untuk membangunkan tanah tersebut agar lebih bernilai?

    Salah satu strategi untuk membangunkan tanah rizab Melayu ialah dengan menggalakkan pemilik tanah membangunkan tanah-tanah tersebut bagi tujuan perumahan atau perniagaan. Melalui Pekeliling PTG bil.3/1994, kerajaan Negeri telah memberikan insentif dengan memberikan kadar premium yang lebih rendah kepada permohonan untuk menukar syarat tanah-tanah rizab Melayu berbanding dengan tanah bukan rizab Melayu.

Lampiran

Tiada Lampiran.