Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
84) TANAH RIZAB MELAYU
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan keluasan terkini Tanah Rizab di Melayu Negeri Selangor?
Sehingga 30 Oktober 2014, keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Negeri Selangor adalah seluas 402,755.42 ekar dan keluasan Tanah Rizab Melayu yang telah ditukar status kepada Bukan Tanah Rizab Melayu adalah 11,077.87 ekar. Pecahan TRM mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.
LAMPIRAN A
KEDUDUKAN TANAH RIZAB MELAYU (TRM) DI SEMBILAN (9) DAERAH SEHINGGA 30 OKTOBER 2014
DAERAH
KELUASAN TRM (a)
KELUASAN PEMBATALAN (b)
KELUASAN PENGGANTIAN (c)
KELUASAN BELUM DIGANTI (d=b-c)
KELUASAN PADA 30/10/14 (e=a-b+c)
Ekar Petaling 2,617.88 0 0 0 2,617.88 Gombak 12,895.05 6.38 0 6.38 12,888.67 Klang 23,474.88 5.99 0 5.99 23,468.89 Sepang 28,500.94 4,621.93 2,325.60 2,296.33 26,204.61 Hulu Selangor 36,850.83 1,539.37 1,002.00 537.37 ***36,313.46 Hulu Langat 33,325.79 22.34 23.61 -1.27 33,327.06 Kuala Langat 39,577.00 4,822.33 3,800.37 1,021.96 **38,555.04 Kuala Selangor 56,895.19 0 0 0 56,895.19 Sabak Bernam 172,485.00 59.53 59.15 0.38 172,484.62 JUMLAH 406,622.56 11,077.87 7,210.73 3,867.14 402,755.42 Sumber : Pejabat Tanah dan Daerah (PDT)
Nota:
* Seluas 1,024.20 ekar daripada 3,800.37 ekar TRM telah diganti di Daerah Hulu Selangor, iaitu TRM Bukit Tarek.
** Keluasan pada 30/10/2014 bagi Daerah Kuala Langat adalah 37,530.84 ekar kerana perkara seperti di *.
*** Keluasan pada 30/10/2014 bagi Daerah Hulu Selangor adalah 37,337.66 ekar kerana perkara seperi di *.
-
Berapa banyak Tanah Rizab Melayu yang telah ditukar status kepada bukan Tanah Rizab Melayu?
Sama seperti di SUB (a)
-
Adakah tanah yang ditukar status ini digantikan semula?
Semua TRM yang dibatalkan di Negeri Selangor perlu dibuat penggantian selaras dengan Perkara 89 Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan dan Pekeliling PTGS Bilangan 2 Tahun 1980. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dan mengenalpasti tanah-tanah yang bersesuaian dan sama jenis serta keluasan untuk dicadangkan sebagai tanah penggantian ke atas Tanah Rizab Melayu yang telah dibatalkan.