Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

294) TANAH RIZAB MELAYU

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik jumlah tanah rizab Melayu dari tahun 2010-2015 di Selangor?

    Keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) sebelum 1957 (sebelum merdeka) yang telah diwartakan adalah sebanyak 384,236.12 ekar. Manakala, jumlah TRM yang telah diwartakan di Negeri Selangor sehingga 30 Jun 2016 adalah sebanyak 396,245.69 ekar. Ini menunjukkan pertambahan keluasan sebanyak 12,009.57 ekar.

     

    Mengikut rekod, jumlah TRM yang telah dibatalkan dari tahun 2010 hingga 2016 adalah sebanyak 133.016 ekar. Manakala, 1,530.345 ekar telah diisytiharkan (digantikan) sebagai TRM. Berikut adalah pecahan jumlah TRM mengikut tahun:

     

    Tahun TRM Batal (ekar) TRM Isytihar (ganti) (ekar)
    2010 9.945
    2011
    2012 50.311 59.195
    2013
    2014 5.705 5.705
    2015 77 77
    2016 1,378.5
    Jumlah 133.016 1,530.345

     

    Pada masa yang sama Kerajaan Negeri sedang dalam proses untuk mewartakan beberapa kawasan baharu TRM di Negeri Selangor. Antaranya, Kerajaan Negeri telah meluluskan permohonan penggantian TRM di Daerah Gombak seluas 895 ekar bagi menggantikan pembatalan di Daerah Kuala Selangor dan Sepang. Manakala sebanyak 1.117 ekar bagi penambahan TRM di Daerah Gombak yang membawa jumlah keseluruhan keluasan TRM di Negeri Selangor adalah sebanyak 397,141.81 ekar. Kerajaan Negeri sentiasa memastikan kawasan TRM yang dibatal digantikan.

     

  2. Apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri bagi mengganti semula tanah rizab Melayu yang telah ditukar status?

    Langkah Proaktif yang diambil bagi tujuan penambahbaikan pengurusan Tanah Rizab Melayu di Negeri Selangor adalah dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pengurusan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu Negeri Selangor, atau dikenali sebagai JKPPTRM pada Ogos

     

    Bidang Kuasa JKPPTRM adalah seperti berikut :

     

    • Mengemas kini jumlah keseluruhan TRM mengikut daerah, termasuk TRM yang telah dibuat pengambilan dan penggantian semula;

     

    • Menyediakan Cadangan Pelan Penggantian TRM bagi setiap daerah berserta tempoh pelaksanaan penggantian tersebut;

     

    • Mengadakan mesyuarat berkala bagi membincangkan isu-isu berkaitan TRM dan cadangan penambahbaikan pengurusan TRM secara keseluruhan; dan

     

    1. Memantau penggunaan dan pelaksanaan prosedur berkaitan TRM agar ianya seragam dan selaras dengan KTN, Enakmen Rizab Melayu serta peraturan-peraturan lain yang berkuat

     

    PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

    Y.B. DATUK ROSNI BINTI SOHAR (N05 HULU BERNAM)

     

    TAJUK : PROGRAM PENCEGAHAN DAN KAWALAN DENGGI

     

    1. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-

     

    • Bagaimanakah program pencegahan dan kawalan denggi ini dilaksanakan?

     

    • Berapakah peruntukan untuk melaksanakan program ini?

     

    JAWAPAN:

     

    • Pelbagai program Pencegahan dan Kawalan Denggi yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pelbagai agensi bagi memastikan kadar kes demam denggi berkurangan. Di antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

     

    • Mengadakan Mesyuarat Denggi peringkat daerah dan setiap minggu yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Mesyuarat ini melibatkan semua agensi di daerah tersebut termasuk PBT, PKD,Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), wakil hospital, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Ahli Majlis dan Penghulu. Mesyuarat ini akan membincangkan kaedah kawalan dan pencegahan bagi sesuatu isu di kawasan wabak terutama Hotspot dan tindakan segera yang perlu dilakukan. Mesyuarat ini juga memantau dan melaksanakan program yang diarahkan oleh pihak Kerajaan Negeri berkaitan denggi.

     

    1. Menubuhkan Unit Tindakan Khas Denggi (UTKD) apabila satu lokaliti mempunyai 100 kes atau tempoh wabak melebihi 100 hari. Tanggungjawab UTKD adalah untuk memastikan lokaliti yang dipilih terkeluar daripada senarai hotspot dengan melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan dalam tempoh 3

     

    • Penggunaan „Pest Control Operator‟ (PCO) di peringkat PBT bagi mengawal penularan wabak denggi di kawasan

     

    1. Melaksanakan Kempen menggalakkan menggunakan „Insect Repellent‟ untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menggunakan alat perlindungan gigitan nyamuk semasa berada di luar

     

    1. Menggunakan Mymat iaitu alat perangkap nyamuk bagi mengawal pembiakan nyamuk aedes di kawasan luar rumah. Mymat ini telah berjaya mengurangkan kes demam denggi dan menamatkan

     

    • Menggunakan Spokojan iaitu lingkaran nyamuk yang boleh membunuh nyamuk di kawasan luar rumah dan boleh bertahan selama 12 jam. Spokojan ini melibatkan kerjasama di antara „Joint Management‟ (JMB) dan penduduk bagi bersama-sama memasang Spokojan di kawasan

     

    Peruntukkan untuk melaksanakan Program Pencegahan dan Kawalan Denggi mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tahun 2016 adalah seperti yang terdapat dalam Jadual 1:

     

    PBT PERUNTUKAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI PERUNTUKAN DARIPADA KPKT PERUNTUKAN DARIPADA PBT JUMLAH
    MBSA 70,000.00 29,400.00 1,855,790.00 1,955,190.00
    MPBJ 70,000.00 1,639,000.00 1,709,000.00
    MPAJ 27,565.00 682,523.16 710,088.16
    MPSJ 70,000.00 21,850.00 1,764,000.00 1,855,850.00
    MPK 6,073.01 35,000.00 35,000.00
    MPKj 45,000.00 182,060.00 227,060.00
    MPSp 51,575.00 320,460.00 72,035.00
    MPS 30,000.00 37,000.00 128,020.00 195,020.00
    MDKL 17,172.00 27,700.00 45,000.00 89,872.00
    MDSB 20,365.00 10,000.00 30,365.00
    MDKS 32,000.00 54,000.00 86,000.00
    MDHS 170,000.00 170,000.00
    JUMLAH 25,172.00 298,528.01 6,885,853.16 7,135,480.16

    Jadual 1: Peruntukan aktiviti kawalan dan pencegahan denggi

     

Lampiran

Tiada Lampiran.