Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
176) TANAH RIZAB MELAYU
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah keluasan terkini tanah rizab Melayu di Negeri Selangor mengikut daerah?
Berdasarkan rekod di PTGS sehingga 16 Julai 2019, data keluasan Tanah Rizab Melayu yang telah diwartakan di Negeri Selangor adalah sebanyak 401,022.2219 ekar. Berikut adalah pecahan mengikut Daerah:
DAERAH JUMLAH KELUASAN TERKINI (EKAR)
PETALING 2,822.6800 GOMBAK 13,383.5232 KLANG 21,078.8780 SEPANG 31,370.6886 HULU SELANGOR 37852.8300 HULU LANGAT 33,795.3000 KUALA LANGAT 36,732.1300 KUALA SELANGOR 60,808.0411 SABAK BERNAM 163,178.1510 JUMLAH 401,022.2219 Sumber: Pejabat Daerah dan Tanah Seluruh Negeri Selangor
pengemaskinian sehingga 16 Julai 2019
-
Berapakah jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang telah dibuat pembangunan mengikut daerah?
Tanah rizab Melayu yang telah dibuat pembangunan mengikut daerah bagi tempoh 2013 – 2019 adalah seperti berikut:-
Bil Daerah Jumlah keluasan (ekar)
1. Petaling 15.592 2. Kuala Langat 413.5714 3. Sabak Bernam 158.80816 4. Kuala Selangor 61.7109 5. Gombak 127.824 6. Klang 532.5911 7. Hulu Selangor 8.3195 8. Hulu Langat 189.468 9. Sepang 1183.59876 Jumlah keseluruhan 2691.48382 -
Berapakah permohonan untuk menukar status tanah rizab Melayu yang pernah diterima dan berapa yang diluluskan?
Sehingga kini sebanyak 9 permohonan yang telah diterima dan diwartakan bagi tahun 2016 sehingga Julai 2019.