Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
176) TANAH RIZAB MELAYU
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah keluasan tanah Rizab Melayu di Negeri Selangor.
Jumlah bagi keluasan TRM di Negeri Selangor setakat ini adalah 401,568.41 ekar (162,508.97 hektar) sehingga Februari 2023.
-
Nyatakan keluasan tanah Rizab Melayu yang telah dibatalkan dan juga yang telah digantikan bagi tempoh 5 tahun ini.
Jumlah keluasan TRM yang telah dibatalkan dan digantikan bagi tempoh 5 tahun ini adalah seperti berikut :
- Jumlah Batal : 12,187.95 ekar
- Jumlah Ganti : 5,570.18 ekar