Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
190) TANAH RIZAB MELAYU
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah tanah rizab Melayu yang telah dibangunkan mengikut daerah?
- Tanah rizab Melayu yang telah dibangunkan mengikut daerah adalah sebanyak
102,247.8304 ekar dan pecahannya mengikut daerah adalah seperti berikut:
BIL
DAERAH
JUMLAH KELUASAN (EKAR) 1. Sabak Bernam 65.00 2. Kuala Selangor 7.194 3. Klang 1,432.549 4. Gombak 133.1074 5. Petaling 2.844 6. Hulu Langat 8,839.344 7. Kuala Langat 12,395.896 8. Sepang 1,410.33 9. Hulu Selangor 77,961.566 JUMLAH 102,247.8304 -
Berapakah keluasan tanah-tanah rizab Melayu yang telah diambil balik oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan kegunaan awam dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk menggantikan tanah-tanah tersebut?
Tanah-tanah rizab Melayu yang telah diambil balik oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan kegunaan awam adalah seluas 5145 ekar.
BIL
DAERAH
JUMLAH KELUASAN (EKAR) 1. Sabak Bernam – 2. Kuala Selangor – 3. Klang 3.0335 4. Gombak – 5. Petaling – 6. Hulu Langat 391.931 7. Kuala Langat – 8. Sepang 386.55 9. Hulu Selangor – JUMLAH 781.5145 Antara langkah-langkah yang diambil untuk menggantikan tanah-tanah Rizab Melayu adalah dengan memastikan setiap tanah yang dibatalkan hendaklah digantikan terlebih dahulu sebelum proses pengambilan diluluskan seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 89 Fasal 3 iaitu “mana-mana tanah yang terhenti menjadi tanah Rizab Melayu maka mana-mana tanah lain yang serupa keadaannya dengan tanah yang terhenti itu dan seluas tidak lebih daripada luas tanah itu hendaklah dengan serta merta diisytiharkan sebagai Rizab Melayu