Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
280) TANAH RIZAB MELAYU
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan keluasan Tanah Rizab Melayu yang masih dijaga oleh kerajaan negeri?
Sehingga 30 Oktober 2014, jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Negeri Selangor adalah seluas 402,755.42 ekar dan pecahannya mengikut daerah seperti di Lampiran A.
-
Nyatakan pembangunan sekiranya ada yang sudah dilaksanakan di atas Tanah Rizab Melayu pada tahun 2014?
Bagi mengekalkan dan mempertahankan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri sentiasa memastikan setiap tanah yang dibatalkan hendaklah digantikan terlebih dahulu sebelum proses pengambilan diluluskan seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 89 Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan iaitu “ mana-mana tanah yang terhenti menjadi tanah Rizab Melayu maka mana-mana tanah lain yang serupa keadaannya dengan tanah yang terhenti itu dan seluas tidak lebih daripada luas tanah itu hendaklah dengan serta merta diisytiharkan sebagai Rizab Melayu ”.
Melalui Pekeliling PTGS Bilangan 7/2001, Kerajaan Negeri juga telah mengeluarkan Dasar dan Garis Panduan Pembatalan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu Negeri Selangor yang menekankan tentang penggantian TRM perlu dilaksanakan dengan segera tanpa mengambil kira jenis tanah, sama ada tanah pekan, bandar atau desa dan guna tanah pertanian, kawasan zon kediaman/ perniagaan dan industri yang belum diberi milik.
Selain itu, Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Pengurusan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu (JKPPTRM) pada 28 Ogos 2014 yang dianggotai oleh semua Pentadbir Tanah Daerah yang bertanggungjawab ke atas hal-hal pengurusan dan penggantian TRM agar ianya selaras dengan Enakmen Rizab Melayu serta peraturan-peraturan lain yang sedang berkuatkuasa.
LAMPIRAN A
KEDUDUKAN TANAH RIZAB MELAYU (TRM) DI SEMBILAN (9) DAERAH SEHINGGA 30 OKTOBER 2014
DAERAH
KELUASAN TRM (a)
KELUASAN PEMBATALAN (b)
KELUASAN PENGGANTIAN (c)
KELUASAN BELUM DIGANTI (d=b-c)
KELUASAN PADA 30/10/14 (e=a-b+c)
Ekar Petaling 2,617.88 0 0 0 2,617.88 Gombak 12,895.05 6.38 0 6.38 12,888.67 Klang 23,474.88 5.99 0 5.99 23,468.89 Sepang 28,500.94 4,621.93 2,325.60 2,296.33 26,204.61 Hulu Selangor 36,850.83 1,539.37 1,002.00 537.37 ***36,313.46 Hulu Langat 33,325.79 22.34 23.61 -1.27 33,327.06 Kuala Langat 39,577.00 4,822.33 3,800.37 1,021.96 **38,555.04 Kuala Selangor 56,895.19 0 0 0 56,895.19 Sabak Bernam 172,485.00 59.53 59.15 0.38 172,484.62 JUMLAH 406,622.56 11,077.87 7,210.73 3,867.14 402,755.42 Sumber : Pejabat Tanah dan Daerah (PDT)
Nota:
* Seluas 1,024.20 ekar daripada 3,800.37 ekar TRM telah diganti di Daerah Hulu Selangor, iaitu TRM Bukit Tarek.
** Keluasan pada 30/10/2014 bagi Daerah Kuala Langat adalah 37,530.84 ekar kerana perkara seperti di *.
*** Keluasan pada 30/10/2014 bagi Daerah Hulu Selangor adalah 37,337.66 ekar kerana perkara seperi di *.
LAMPIRAN B
MAKLUMAT PEMBANGUNAN TANAH RIZAB MELAYU YANG TELAH DILAKSANAKAN MENGIKUT DAERAH BAGI TAHUN 2014
BIL.
DAERAH
JUMLAH PROJEK
JUMLAH KELUASAN (HEKTAR)
1. Klang 40 49.378 2. Gombak 7 3.572 3. Sabak Bernam 1 2.099 4. Sepang 25 27.348 5. Hulu Langat 23 30.344 6. Kuala Selangor 3 3.513 7. Petaling 1 0.378 8. Kuala Langat 25 31.665 9. Hulu Selangor Tiada Tiada JUMLAH KESELURUHAN 125 148.297