Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

63) TANAH RIZAB MELAYU

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik jumlah tanah rizab Melayu dari 2016 - 2019.

    Mengikut rekod, jumlah keluasan tanah Rizab Melayu yang telah diwartakan sehingga kini 31 Jun 2019 adalah sebanyak 401,022.2219 ekar.

     

  2. Apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri bagi mengganti semula tanah rizab Melayu yang telah ditukar status?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha secara berterusan untuk mengekalkan keluasan Rizab Melayu sedia ada. Keluasan sedia ada adalah masih dalam keadaan terkawal dan dipantau secara rapi.

     

    Pemantauan ini dibuat melalui pemakaian Pekeliling PTGS Bilangan 7/2001 mengenai Dasar dan Garis Panduan Pembatalan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu dan Pekeliling PTGS Bilangan 3/2015 mengenai Garis Panduan Urusan Pembatalan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu (TRM) Semasa Pengambilan Tanah Bagi Tujuan Awam Atau Kemudahan Awam Bagi Kegunaan Kerajaan Negeri Dan Kerajaan Persekutuan Di Negeri Selangor Darul Ehsan.

     

    Usaha ini telah mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia melalui penerimaan Sijil Penghargaan Amalan Terbaik Pengumpulan Data Tanah Rizab Melayu yang telah disampaikan oleh Y.A.B Dato’ Sri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri semasa Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang diadakan pada 3 Disember 2018.

     

    Tanah-tanah yang dimiliki oleh orang Melayu yang tidak terletak dalam kawasan tanah Rizab Melayu boleh mendapat insentif tanah Rizab Melayu dengan syarat mereka perlu memohon menukar status tanah milik mereka kepada tanah Rizab Melayu pegangan Melayu. Proses ini perlu mendapat kelulusan Kerajaan Negeri untuk tanah milik mereka diisytiharkan sebagai tanah Rizab Melayu selaras dengan peruntukan Seksyen 3 Enakmen Rizab Melayu Bab 142 (ERM 1933).

     

    Berdasarkan Pekeliling PTGS Bil 3/1994 mengenai Kelulusan Dasar, Tatacara Dan Pemberian Insentif Bagi Membangunkan Tanah Rizab Melayu Di Negeri Selangor. Antara insentif yang ditawarkan adalah pengurangan kadar premium, caruman parit dan caruman kubur sebanyak 50% dan premium tambahan dikenakan sebanyak 12.5%  daripada kadar asal ke atas kelulusan tanah.

    Maklumat  Tambahan

    Pecahan keluasan Tanah Rizab Melayu mengikut Daerah adalah seperti berikut :

     

    DAERAH
    JUMLAH KELUASAN TERKINI

    (EKAR)

    PETALING 2,822.6800
    GOMBAK 13,383.5232
    KLANG 21,078.8780
    SEPANG 31,370.6886
    HULU SELANGOR 37852.8300
    HULU LANGAT 33,795.3000
    KUALA LANGAT 36,732.1300
    KUALA SELANGOR 60,808.0411
    SABAK BERNAM 163,178.1510
    JUMLAH 401,022.2219

    Sumber: Pejabat Daerah dan Tanah Seluruh Negeri Selangor

    pengemaskinian sehingga 16 Julai 2019

Lampiran

Tiada Lampiran.