Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

36) TANAH REZAB PERKUBURAN DI HULU SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Status terkini pewartaan tanah rezab perkuburan di Bernam Jaya yang seluas 55 ekar yang diserah oleh pihak PKNS.

    Pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mengemukakan draf akhir pelan penyerahan rezab kubur bersepadu berkeluasan 55 ekar ke Jabatan Perancang Bandar MDHS dan permohonan Kebenaran Merancang dijangka akan dikemukakan dalam bulan April

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan Perkuburan Bersepadu Bernam Jaya untuk orang Islam dan bukan Islam? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Ya, satu Perkuburan Bersepadu adalah dicadangkan di kawasan Bernam Jaya yang merangkumi tapak perkuburan bagi orang Islam, Cina dan India. Pembahagian keluasan adalah berdasarkan kepada perangkaan jumlah penduduk mengikut kaum di Daerah Hulu Selangor yang

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri supaya tanah perkuburan kaum India di Kalumpang dan Kerling diuruskan dengan baik?

    Terdapat peruntukan khas yang disediakan di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor bagi membantu persatuan-persatuan mengurus dan menyelenggara tanah-tanah perkuburan Bukan Islam yang telah diwartakan. Pihak persatuan yang berdaftar boleh memohon peruntukan tersebut terus ke UPEN dengan memgemukakan dokumen-dokumen yang telah

Lampiran

Tiada Lampiran.