Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

14) TANAH REZAB MELAYU

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah keluasan tanah rizab Melayu di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?

    Jumlah keluasan tanah rizab Melayu di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah adalah seperti berikut :-

    BIL   DAERAH   KELUASAN (EKAR)
    1. Petaling 2,733.09
    2. Klang 22,807.5
    3. Kuala Selangor 18,686.23
    4. Kuala Langat 37,530.84
    5. Hulu Selangor 31,802.05
    6. Hulu Langat 33,093.86
    7. Sepang 22,865.06
    8. Gombak 11,441.97
    9. Sabak Bernam 172,823.647
    JUMLAH 456,754.247
  2. Sila nyatakan setakat ini apakah perancangan Kerajaan Negeri khususnya untuk membangunkan tanah rizab Melayu yang strategik demi meningkat tahap ekonomi orang Melayu ?

    Kebanyakan tanah-tanah rizab Melayu yang terletak di kawasan strategik seperti di Klang, Hulu Langat dan Sepang sedang dibangunkan untuk projek-projek perumahan seperti juga tanah-tanah yang bukan rizab Melayu. Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan yang khusus untuk membangunkan tanah-tanah rizab Melayu.

  3. Sila senaraikan projek pembangunan yang melibatkan tanah rizab Melayu oleh anak-anak syarikat Negeri sejak 3 tahun yang lalu?

    Tiada projek pembangunan yang melibatkan tanah rizab Melayu oleh anak-anak syarikat Kerajaan Negeri sejak 3 tahun yang lalu.

Lampiran

Tiada Lampiran.