Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
120) TANAH REZAB JALAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang diambil oleh pihak Negeri untuk menyediakan jalan rezab di tanah pertanian agar hasil pertanian dapat diangkut keluar dengan efisien?
Untuk makluman Yang Amat Berhomat, Penyediaan jalan rezab di tanah pertanian bagi pengeluaran hasil dapat diangkut keluar khususnya bagi tanah-tanah pertanian berlapis adalah dengan pemberian Hak lalulalang Pentadbir Tanah di bawah Seksyen 388 Kanun Tanah Negara. Pentadbir-pentadbir tanah boleh memastikan bahagian lapisan kedua dan lapisan ketiga yang tidak mempunyai jalan masuk dan jalan keluar untuk mengeluarkan hasil pertanian dengan mewujudkan hak lalulalang di atas tanah, yang akan dikenal sebagai hak lalulalang Pentadbir Tanah.
Hak-hak yang diberi dan kewajipan yang dikenakan berkenaan dengan mana-mana tanah dengan perwujudan hak lalulalang Pentadbir Tanah hendaklah selari dengan tanah dan hendaklah mengikat tuanpunya-tuanpunya dan penduduk-penduduk tanah tersebut buat masa itu. Suatu hak lalulalang awam hendaklah memberi kuasa kepada orang awam untuk lalu dan ulang-alik di antara mana-mana kawasan tanah yang dinyatakan dan perhentian awam.
Walaubagaimana pun Kerajaan Negeri dalam setiap kelulusan permohonan pemberimilikan telah mengambil kira melalui permohonan pemberimilikan tanah mengikut Seksyen 76 Kanun Tanah Negara akan mengambilkira keperluan rizab jalan seperti ulasan yang diberikan oleh agensi teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR). Keperluan rizab ini akan dikemaskini ke atas pelan charting melalui pelan permohonan yang dikemukakan semasa permohonan dibuat.
-
Adakah kemungkinan untuk memohon penggunaan tanah rezab yang sedia ada melalui proses permohonan individu untuk penggunaan plot tanah persendirian?
Semua pihak boleh membuat permohonan, dengan cara Perlupusan Tanah ataupun permohonan secara Pajakan Tanah Rizab jika tanah telah diwartakan di bawah Seksyen 63 Kanun Tanah Negara . Namun segala permohonan adalah bergantung kepada ulasan agensi teknikal.