Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

112) TANAH REVOLUSI HIJAU KG JOHAN SETIA

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri bercadang menukar zon tanah ini kepada zon lain memandangkan ia telah diterokai dengan pelbagai aktiviti pembangunan bercampur? Huraikan

    Cadangan pengubahan zon guna tanah rancangan tempatan telah dimasukkan ke dalam senarai pengubahan zon guna tanah Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan 4) 2020 dan program publisiti awal telah diadakan bermula pada 25 September 2017 sehingga 15 Oktober 2017.

    Seterusnya, pengubahan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan 4) 2020 akan diangkat ke dalam mesyuarat pengurusan Majlis bagi pengesahan program publisiti yang telah diadakan dan penyediaan draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran (Pengubahan 4) 2020.

    Program publisiti awam dijangkakan akan diadakan pada awal bulan Disember 2017.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.