Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

94) TANAH REVOLUSI HIJAU

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Huraikan secara terperinci perancangan kerajaan negeri di kawasan terlibat untuk 5 tahun akan datang kerana masalah pembinaan kilang haram kian meruncing.

    Tanah tersebut mula diberimilik 1990an sebagai kawasan Revolusi hijau yang di zon untuk tujuan pertanian.  Kemudian pada mesyuarat MMKN bertarikh 24/7/2007 Bil 21/2007 permohonan tukar syarat dibekukan dan dikekalkan zon pertanian.

    Pengubahan Rancangan Tempatan MPK telah mengezonkan kawasan ini sebagai kawasan zon pertanian dengan aktiviti yang dibenarkan meliputi pertanian komersial, pertanian persendirian, Inap desa.  Kawasan lot bersebelahan jalan utama dibenarkan aktiviti pedagang.  Cadangan zoning adalah perniagaan seluas 64 ekar,  perumahan 963 ekar dan pertanian 3240 ekar.

    Selaras dengan tekanan dan keperluan pembangunan semasa, pihak MPK mempunyai perancangan untuk membangunkan kawasan sebagai pembangunan bercampur meliputi 3 konsep telah dikenal pasti iaitu ‘Mix Development, ‘Agro Base’, pusat pentadbiran atau institusi baru Walaubagaimanapun perancangan ini masih belum dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri.  Kerajaan Negeri akan meneliti semula perancangan yang dicadangkan oleh MPK.

    Secara amnya, kawasan Johan Setia merupakan tanah gambut, ia memerlukan pelaburan dari segi infrastruktur untuk menyediakannya bagi sebarang tujuan pembangunan.  Perkara ini perlu diperlu diperhalusi oleh Kerajaan Negeri dan MPK untuk memastikan pembangunan infrastruktur dapat disediakan untuk membangunkan kawasan ini.

  2. Apakah pelan bagi mengatasi masalah kebakaran di situ?

    1. Membuat kolam tadahan sebagai punca air apabila berlaku kebakaran
    2. Membuat saliran atau parit di sekeliling persempadanan kebun hak milik persendirian bagi mengelakkan kebakaran merebak.
    3. Pentadbir Tanah Klang dikehendaki mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pelanggaran syarat tanah dan pembakaran ke atas tanah dengan mengeluarkan Notis 7A, 7B dan 8 dengan segera. Dalam masa yang sama, Pejabat Daerah Klang akan bekerjasama dengan MPK, JAS, JPS dan Agensi berkaitan melaksanakan perkara ini.
    4. Mengadakan dan membuat telaga (tubewall) berhampiran kawasan yang kerap berlaku kebakaran sebagai punca air bagi memadam kebakaran. c)
    5. Tanah ini telah diberikan milik kepada 1712 individu dalam akhir 1980 an dan awal 1990 an. Jumlah kawasan yang terlibat yang telah diberi milik ialah 3857 ekar.  Senarai nama adalah dilampirkan.
    6. Sebenarnya pertindihan kawasan yang dibangkitkan bukan kawasan revolusi hijau Johan Setia tetapi ialah kawasan Kampung Sri Nadi yang bersebelahan dengan Rancangan Revolusi Hijau Johan Setia dan terdapat isu pencerobohan tanah Kerajaan (kawasan lapang) di kawasan ini. Pentadbir Tanah Klang/MPK dikehendaki mengambil tindakan penguatkuasaan segera ke atas isu ini.
    7. Terdapat isu aduan pertindihan oleh penanam sayur yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum Cina dan India. Mereka ini sebenarnya mengusahakan dan menceroboh sebahagian tanah milik yang terbiar di para I tersebut.
  3. Perincikan jumlah pemohon tanah pertanian di kawasan terlibat dan kenapa hingga kini masalah tanah bertindih belum diselesaikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.