Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
333) TANAH PKPS DI TEPI SUNGAI TENGAR UTARA,SABAK BERNAM
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kos yang telah dibelanjakan dalam operasi tanaman saawit di kawasan berkenaan?
Sehingga bulan Ogos 2015, PKPS telah berbelanja sebanyak RM340,000 bagi memulakan projek penanaman kelapa sawit di tanah tersebut. Perbelanjaan ini merangkumi kerja-kerja pembersihan kawasan, pembinaan sistem perparitan, penyediaan lubang-lubang penanaman, pembinaan jalan ladang dan pemasangan pagar sempadan. Pembiayaan projek sepenuhnya menggunakan sumber dalaman
-
Adakah benar tanah tersebut akan ditukar kepada penempatan penduduk miskin?
Tidak benar. Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menukar tanah tersebut kepada penempatan penduduk