Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
38) TANAH PKPS DI HULU SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan tanah yang dimiliki oleh PKPS di Hulu Selangor dengan butir-butir seperti keluasan dan tujuan penggunaannya.
Senarai tanah-tanah PKPS di Daerah Hulu Selangor beserta dengan kegunaan tanah tersebut adalah seperti di Lampiran 1.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membangunkan semula tapak Taman Orkid Antarabangsa yang telah tutup lebih daripada 10 tahun?
Tanah ini adalah hakmilik PKPS. PKPS tidak mempunyai perancangan untuk membangunkan semula tapak Taman Orkid Antarabangsa tersebut.
PKPS telah menandatangani perjanjian usahasama dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) pada 22 Februari 2017 untuk perlombongan kuari selama 30 tahun.
Pada masa ini, KSSB sedang mendapatkan permit bahan batuan daripada Pihak Berkuasa Negeri.