Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
63) TANAH PERTANIAN KONTAN DI SUNGAI KERAMBU, KUALA LANGAT
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah yang telah diambil oleh Jabatan Perhutanan untuk memutihkan tanah-tanah pertanian kontan yang telah diusahakan oleh para petani di kawasan Hutan Simpanan Sungai Kerambu, Kuala Langat Selatan?
Kawasan yang dimaksudkan ialah Kompt. 47, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan yang mana ianya telah lama diceroboh oleh penduduk sekitar untuk aktiviti tanaman kontan seperti jagung, halia, kunyit, ubi keledek dan ubi kayu. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sedang merangka satu program pemutihan ke atas kawasan-kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang telah diceroboh untuk diberikan Permit Penggunaan selaras dengan Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. Maklumat-maklumat mengenai sebahagian kawasan yang terlibat telah diperolehi dan dalam peringkat akhir penyediaan Kertas Ringkasan Cadangan Kelulusan Pemberian Permit Penggunaan Melalui Program Pemutihan Pencerobohan dan Penerokaan Secara Haram di Dalam Hutan Simpan Kuala Langat Selatan Melalui Pendekatam Perhutanan Tani sebelum kertas kerja berkenaan diteliti dan mendapatkan ulasan daripada YB Exco Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna sebelum kertas kerja berkenaan diangkat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk pertimbangan.