Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
68) TANAH PERTANIAN DAN BANTUAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri terhadap tanah-tanah yang telah diusahakan untuk tujuan pertanian sejak sekian lama tetapi masih belum memiliki hak milik dan apakah bantuan yang boleh diberikan?
Setakat ini kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian hanya memberi bantuan kepada tanah-tanah yang diusahakan secara sah sama ada tanah milik, disewa atau dipajak. Pengusaha yang tidak mempunyai hak milik perlu terlebih dahulu memohon hak milik daripada jabatan/agensi yang berkaitan bagi tujuan mendapatkan hak milik atau sewa.