Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

143) TANAH PERTANIAN 2 EKAR UNTUK GOLONGAN MISKIN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bukit Melawati telah mengenal pasti 1000 ekar di Daerah Kuala Selangor. Buat masa ini,tanah ini di bawah kawalan PKPS Bukit Melawati telah mencadangkan setiap 2 ekar lot diberi kepada 400 orang golongan berpendapatan rendah. PKPS memberitahu mereka mempunyai rancangan tersendiri dalam masa akan datang. Namun sudah 15 tahun tiada sebarang usaha di buat oleh PKPS di tanah ini. Kami berharap Kerajaan Negeri akan mencampur tangan untuk membangunkan dan memberi TOL selama 20 tahun kepada golongan berpendapatan rendah. Ini akan menolong mereka keluar dari belenggu kemiskinan. Bolehkah kerajaan negeri menjayakan usaha ini ?

    LATAR BELAKANG

    Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri Selangor Bil 7/80 yang bermesyuarat pada 20 Ogos 1980, YAB Dato’ Menteri Besar telah meluluskan supaya Rancangan Revolusi Hijau Daerah Kuala Selangor diusahakan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk mengelakkan pesertapeserta yang tidak mampu mengusahakan tanah-tanah tersebut menjual tanahtanah mereka.  Maka itu, peserta-peserta disyaratkan untuk menandatangani perjanjian dengan PKPS untuk perkara ini.

    Rancangan Revolusi Hijau oleh Kerajaan Negeri adalah termasuk Rancangan Revolusi Hijau Bukit Cherakah I, II dan III di Daerah Kuala Selangor. Rancangan Revolusi Hijau Bukit Cherakah Peringkat I telah dibangunkan dalam tahun 1981 sementara Peringkat II dan III telah dibangunkan dalam tahun 1983 oleh PKPS. Tanaman yang dipilih adalah kelapa sawit.  Peringkat I melibatkan kawasan seluas 2,856 ekar, Peringkat II seluas 2,103 ekar dan Peringkat III seluas 1,502 ekar.

    PKPS yang dilantik sebagai agen pelaksana telah melaksanakan kerja-kerja pembangunan dan kemudian menyelenggara rancangan ini sehingga semua perbelanjaan penyelenggaraan yang telah dikeluarkan oleh PKPS dapat dikutip semula.

    Kerajaan Negeri telah menyediakan geran untuk membiayai kos pembangunan tanah iaitu kos membersih tanah dan menyediakan infrastruktur.  Perbelanjaan bagi kos penyelenggaraan pula adalah merupakan hutang pemilik tanah kepada PKPS dan perlu dibayar balik melalui kutipan jualan-jualan hasil buah kelapa sawit. Setelah PKPS dapat pengutip balik segala perbelanjaan penyelenggaraan daripada hasil jualan kelapa sawit, tanah tersebut telah diserah balik kepada peserta-peserta projek.

     

    PKPS telah menyediakan perkhidmatan pengurusan dan pengawasan projek. Sebahagian peserta projek pula telah dilantik untuk bekerja dengan projek dan dibayar upah. Peserta-peserta projek telah menandatangani perjanjian pajakan tanah dengan PKPS untuk tempoh 10 tahun atau sehingga kos projek dapat dikutip semula oleh PKPS.

    Pengurusan Peringkat I telah dipindahkan daripada PKPS kepada Syarikat Ladang Bukit Cherakah Nominees Sdn. Bhd. mulai tahun 1993. Syarikat tersebut merupakan sebuah syarikat yang telah ditubuhkan oleh para peserta projek bagi mengambilalih pengurusan projek daripada PKPS.

    Perjanjian PKPS dengan peserta Peringkat II dan III pula telah tamat pada 31 Disember 1996 dan penyerahan tanah kepada Kerajaan Negeri telah dilakukan pada tahun 2001.

    PKPS tidak boleh memberi ulasan berkenaan perkara ini kerana tanah bagi

    Peringkat I telah pun diserahkan kepada para peserta projek manakala Peringkat

    II dan III telahpun diserahkan semula kepada Kerajaan Negeri.  Maka itu, hanya Kerajaan Negeri sahajalah yang berhak untuk menentukan rancangan yang disyorkan oleh Y.B. Ir Muthiah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.