Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

194) TANAH PERTANIAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah hasil pendapatan negeri kesan daripada pertukaran tanah pertanian kepada perumahan (bermula 2008)?

    Secara amnya, sejak dari 2008, sebanyak 15,187.57 hektar tanah berstatus pertanian (termasuk kawasan penternakan dan akuakultur) telah ditukar status untuk dimajukan menjadi kawasan perumahan, perindustrian dan penggunaan bagi tujuan lain. Jumlah hasil negeri daripada premium penukaran status tanah pertanian adalah sebanyak RM 6.905 bilion dalam tempoh 2008 hingga

  2. Nyatakan anggaran keluasan tanah pertanian yang diguna pakai bagi menghasilkan produk pertanian

    Seluas 266,598.90 hektar tanah di Selangor yang digunakan bagi aktiviti pertanian. Tanaman kelapa sawit sahaja seluas 163,294.1 hektar diikuti padi 18,900 hektar, getah 17,708 hektar, buah-buahan 9,365.50 hektar dan sayuran 1,884.2

  3. Berapakah jumlah keluasan tanah pertanian yang tidak diusahakan?

    Jabatan Pertanian telah mengenal pasti tanah terbiar seluas 3,009.14 hektar dan proses perundingan sentiasa dijalankan bagi menemu suakan pemilik dengan petani yang berminat untuk mengusahakan projek pertanian di tanah

Lampiran

Tiada Lampiran.