Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

169) TANAH PERSEKUTUAN DI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah keluasan tanah persekutuan yang berada di Selangor dan statusnya.

    Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hakmilik dan keluasan tanah Persekutuan yang berada di Negeri Selangor adalah sebanyak 2,537 hakmilik iaitu 17,557.31 hektar (43,385.06 ekar). Berikut merupakan keluasan terperinci tanah milik Kerajaan Persekutuan di Negeri Selangor mengikut daerah:

    JUMLAH 2,537 17,557.31
  2. Adakah usaha sama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan tanah tersebut?

    Kerajaan Negeri tiada sebarang usaha sama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan tanah yang tersebut kerana tanah-tanah di bawah kawalan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah pun mempunyai tujuan kegunaan atau pembangunan semasa diberimilik atau semasa pengambilan tanah dijalankan dan tanah-tanah tersebut perlu dibangunkan mengikut tujuan tersebut.

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai halangan untuk memberikan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan sekiranya diperlukan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.