Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
49) TANAH PERKUBURAN MELAYU ISLAM DI MERU
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa lamakah tanah perkuburan Islam di Pekan Meru dapat digunakan oleh masyarakat islam di Meru dan kawasan sekitarnya?
Tanah perkuburan Islam Meru yang berkeluasan 5 ekar masih boleh menampung 1200 plot kubur. Selain itu, terdapat individu yang akan mewakafkan tanah seluas 1.5 ekar bersebelahan tapak perkuburan sedia ada yang mampu menampung tambahan 1200 plot kubur. Berdasarkan jumlah purata kematian sebulan seramai enam belas (16) jenazah atau 200 jenazah setahun, maka tapak perkuburan Islam Meru masih boleh menampung keperluan pengkebumian jenazah bagi ahli kariah bagi tempoh 12 tahun lagi.
-
Adakah pejabat agama islam Daerah Klang mempunyai perancangan untuk menambah tanah perkuburan islam yang sedia ada atau mencari tapak baru untuk mengantikan tanah perkuburan yang sedia ada?
Tidak, tapak perkuburan sedia ada masih mencukupi. Sekiranya berlaku keadaan mendesak di luar tempoh yang dijangkakan, maka Tapak Perkuburan Islam Bersepadu di U13, Setia Alam yang diletakkan dibawah kawalan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan jarak lebih kurang 8 kilometer dari Masjid As-Syarif Meru boleh mengatasi keperluan berkenaan.