Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
19) TANAH PERKUBURAN ISLAM, BUKAN ISLAM
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan butir-butir lengkap seperti alamat, No. Plot dan sebagainya lokasi Tanah Perkuburan Islam dan Bukan Islam di kawasan pembangunan perumahan dan komersial baru di Bandar Rimbayu, Tropicana Aman dan Eco- Sanctuary, DUN Telok Datok dan DUN Sijangkang.
BANDAR PERKUBURAN ISLAM PERKUBURAN BUKAN ISLAM
Bandar Rimbayu
PT 36325 & PT 36328,
Mukim Tanjung Dua Belas
PT 36329, Mukim Tanjung Dua Belas
Tropicana Aman
PT 41314,
Mukim Tanjung Dua Belas
–
Eco Sanctuary
Pelan Konsep bagi projek pembangunan Eco Sanctuary yang terletak di Mukim Tanjung Dua Belas telah diluluskan Kebenaran Merancang pada 27 Januari 2015. Terdapat tapak perkuburan Islam dan Bukan Islam dalam pelan konsep tersebut untuk pembangunan akan datang.
DUN Telok Datok
Lot 7503, Kota Seri Langat, Tanjung Dua Belas (Perkuburan Islam Sungai Sedu)
DUN Sijangkang Mengikut semakan pihak kami, tiada lokasi tanah perkuburan Islam dan bukan Islam di kawasan pembangunan perumahan dan komersial baru di kawasan DUN Sijangkang setakat ini.
-
Siapakah agensi atau jabatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengurus tadbir tapak tanah tersebut di atas?
Agensi atau jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengurus tadbir tapak tanah :
- Kubur Islam:
Agensi yang bertanggungjawab untuk mengurus tadbir tapak Tanah Perkuburan Islam adalah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
- Kubur Bukan Islam:
Bagi tapak perkuburan Bukan Islam, Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor Bil. 5/2015 bertarikh 15 Mei 2015 memutuskan semua permohonan pewartaan bagi tanah perkuburan selain Islam ditangguhkan sehingga satu garis panduan dikeluarkan berkaitan penyelenggaraan tanah perkuburan selain Islam.