Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

269) TANAH PERKUBURAN ISLAM

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah persediaan jangka masa panjang Kerajaan Negeri dalam menghadapi Tanah Perkuburan Islam yang tidak mencukupi di Negeri Selangor?

    Pihak Kerajaan Negeri melalui JAIS dan Pejabat Daerah sedang mengenal pasti beberapa lokasi untuk dijadikan tapak perkuburan baru. Kerajaan negeri melalui JAIS dan Jabatan Mufti Selangor, berdasarkan keputusan fatwa mengenai keharusan pelaksanaan kubur bertingkat juga sedang membuat penelitian beberapa aspek teknikal bagi pelaksanaan kubur bertingkat khususnya di bandar yang menghadapi masalah kritikal untuk mengebumikan jenazah disebabkan kawasan yang semakin terhad.

  2. Apakah perancangan yang telah dibuat untuk menampung kekurangan Tanah Perkuburan Islam di Kg Kapar dan Kg Sg Serdang?

    Setelah semakan dibuat, JAIS menganggarkan Tanah Perkuburan Pekan Kapar seluas 2 ekar masih mampu menempatkan jenazah ahli kariah sehingga tahun 2028. Walau bagaimanapun, sekiranya tapak perkuburan Islam Pekan Kapar penuh, jenazah umat Islam akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam, Jalan Abd Manan yang berkeluasan 63 ekar. Manakala Tanah Perkuburan Kg. Sg. Serdang yang seluas 8 ekar masih mempunyai kekosongan sebanyak 90% dan dijangka penuh menjelang tahun 2045.

Lampiran

Tiada Lampiran.