Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

268) TANAH PERKUBURAN ISLAM

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah tanah perkuburan Islam di Selangor mengikut daerah?

    Jumlah tanah perkuburan Islam di Selangor mengikut PBT adalah sebanyak 388 kawasan.

    PBT JUMLAH TANAH PERKUBURAN BERDAFTAR
    MBSA 4
    MBPJ 2
    MPK 39
    MPAJ 11
    MPSJ 41
    MPS 15
    MPKJ 37
    MPSp 41
    MDKL 73
    MDHS 44
    MDKS 39
    MDSB 42
    JUMLAH 388

     

  2. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan semua tanah perkuburan terurus dan terpelihara?

    Inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan semua tanah perkuburan terurus dan terpelihara adalah:

    • Dengan memastikan syarat yang ditetap oleh PBT dan JAIS dipatuhi sepenuhnya.
    • Menyediakan peruntukan     bagi      penyelenggaraan     kawasan-kawasan perkuburan tersebut melalui tabung amanah kubur Negeri
    • Mewujudkan Unit Tanah Kubur bagi memantau semua tanah perkuburan Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.