Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

223) TANAH PERKUBURAN ISLAM

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sub-soalan telah di tolak

  2. Adakah dalam perancangan Kerajaan Negeri untuk membuka kawasan perkuburan yang baru di kawasan Bukit Cerakah?

    Tanah perkuburan Islam Bukit Cherakah tersebut mempunyai keluasan lebih kurang lima (5) ekar dan digunakan secara bersama oleh 4 buah kampung berdekatan iaitu Kg. Bukit Cherakah, Kg. Bukit Kuching Tengah Kg. Parit Mahang, serta Kg. Bukit Hijau. Tapak tersebut masih mempunyai baki keluasan 0.7 ekar yang mampu menampung sebanyak 600 pusara bagi tempoh empat (4) hingga lima (5) tahun akan datang.

    Terdapat beberapa tapak perkuburan berhampiran yang boleh digunakan untuk mengebumikan jenazah orang Islam antaranya :-

    • Tapak perkuburan Islam Kampung Bukit Kuching Tengah seluas 6 ekar;
    • Tapak perkuburan Islam Puncak Alam seluas 20 ekar;
    • Tapak Perkuburan Islam Bersepadu Hillpark Puncak Alam seluas 23

Lampiran

Tiada Lampiran.