Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

11) TANAH PERKUBURAN DI DAERAH PETALING

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan caruman kepada tabung pembangunan tanah perkuburan di Selangor daripada para pemaju?

    Kerajaan ada bercadang untuk menaikkan caruman kepada tabung pembangunan tanah perkuburan memandangkan kadar caruman RM62.50 yang dikenakan pada masa kini tidak lagi relevan. Kadar baru yang dicadangkan masih lagi dalam kajian.

     

  2. Sila memberi penerangan tentang pembangunan tanah-tanah perkuburan baru di negeri Selangor.

    Kajian Keperluan Tanah Perkuburan dan Cadangan Tanah Perkuburan Wilayah Bersepadu Di Negeri Selangor telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil 3/2010 pada 22 Jun 2010. Jawatankuasa telah membuat keputusan supaya menyediakan satu pangkalan data inventori yang komprehensif bagi tapak-tapak perkuburan sedia ada dan mengenalpasti tapak-tapak tambahan bagi tanah perkuburan di semua PBT/ Daerah di Negeri Selangor.

    Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor bersama 12 Pihak Berkuasa Tempatan dan 9 Pejabat Tanah Daerah sedang menyiapkan  inventori kawasan perkuburan sedia ada dan mengenalpasti cadangan tanah perkuburan wilayah bersepadu di Negeri Selangor. Hasil kajian ini akan dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dijangka sebelum akhir Disember 2010.

     

  3. Adakah kerajaan Selangor bercadang untuk menggalakkan orang ramai untuk cara krematorium dan menara abu mayat (ash tower) untuk menjimatkan penggunaan tanah?

    Dijawab oleh JPBD.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.