Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
207) TANAH PERKUBURAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah tanah perkuburan di Selangor yang telah penuh dan berapakah tanah yang baru akan dibuka untuk dijadikan tanah perkuburan?
Jawapan seperti di Lampiran A
-
Sila nyatakan lokasi-lokasi tanah perkuburan yang telah penuh serta lokasi tanah perkuburan yang bakal dibuka.
Jawapan seperti di Lampiran A.
-
Siapakah yang akan Kerajaan Negeri serahkan hak pengurusan untuk mengendalikan tanah perkuburan baru tersebut?
Bagi hak pengurusan bagi mengendalikan tanah perkuburan Islam, Kerajaan Negeri telah memutuskan melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Januari 2007 MMK ke 4/2007 menyatakan bahawa hal –hal pengurusan tanah perkuburan Islam adalah di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor ( JAIS ) dan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT). Bagi pengurusan tanah perkuburan bukan Islam adalah di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (penyediaan infrastruktur).