Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

240) TANAH PERKUBURAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Siapakah yang bertanggungjawab memantau pengendalian tanah-tanah perkuburan di negeri Selangor?

    Untuk Makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pengendalian/pengurusan tanah- tanah perkuburan Islam di negeri Selangor, adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan terdapat juga tanah-tanah perkuburan Islam yang diselenggara oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam dan tanah perkuburan Islam Lipat Kajang,

     

    Manakala bagi keperluan selain Islam pula seperti mana keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor Bil.7/2014 telah menetapkan segala urusan penyelenggaraan perkuburan selain Islam adalah dibawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

     

  2. Apakah usaha dan peranan kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu percampuran tanah perkuburan Islam dan Kristian yang berlaku baru-baru ini?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, usaha untuk mengatasi isu-isu percampuran tanah perkuburan Islam dan Kristian atau lain-lain agama, dibuat berdasarkan penelitian oleh Pentadbir Tanah Daerah semasa penentuan kawasan tanah untuk kegunaan tapak

     

    Walaubagaimanapun, untuk jangka masa panjang, kerajaan negeri melalui JPBD Selangor telah menjalankan Inventori Tanah Perkuburan dan Keperluan Perkuburan Sehingga Tahun 2060 di Negeri Selangor. Laporan 2 jilid bertarikh April 2011 yang siap digunapakai ini antara lainnya adalah merumuskan penawaran jumlah tapak perkuburan semasa mengikut agama di setiap kawasan PBT di Negeri Selangor dan menganalisis keperluaan semasa kawasan perkuburan sehingga tahun 2060.

     

    Laporan tersebut turut mengutarakan cadangan konsep tapak perkuburan wilayah bersepadu di Negeri Selangor tahun 2060 bagi menampung keperluan penduduk yang berbilang kaum di masa hadapan.

    Ciri-ciri     Cadangan    Konsep    Perkuburan    Wilayah    Bersepadu    Negeri Selangor

     

    Konsep yang akan dibangunkan ini meliputi tanah perkuburan Islam, jirat cina, perkuburan hindu dan perkuburan Kristian yang dirancang secara bersepadu dengan pengasingan zon perkuburan mengikut agama.

     

    Selain itu, perancangan tanah perkuburan bersepadu juga turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti pejabat pentadbiran, stor perkhidmatan, surau, rumah kakitangan, kompleks pembakaran mayat (crematorium), kemudahan rumah ibadat selain Islam, kemudahan lawatan/ziarah, depot penyelenggaraan dan tempat letak kereta.

Lampiran

Tiada Lampiran.