Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
424) TANAH PERKUBURAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah tanah perkuburan bukan islam yang sedia ada di setiap DUN.
Jumlah tanah perkuburan bukan Islam sedia ada adalah seperti di LAMPIRAN A dan diinventorikan mengikut kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
-
Apakah rancangan kerajaan untuk mengawal kos pengebumian bagi bukan muslim?
Kerajaan Negeri sedang merangka satu Garis Panduan yang khusus bagi penggunaan kolumbarium dan krematorium. Melalui Garis Panduan ini, Kerajaan Negeri akan menetapkan kadar yang bersesuaian bagi urusan pengebumian dan pengurusan jenazah bukan muslim termasuk bagi golongan kurang berkemampuan atau B40