Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

194) TANAH PENDUDUK KAMPUNG JAYA SEPAKAT

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status milikan tanah penduduk Kampung Jaya Sepakat?

    Tanah-tanah di Kg. Jaya Sepakat adalah tanah hakmilik individu yang telah diberimilik bermula pada tahun 2001. Pada masa kini hakmilik-hakmilik tersebut masih belum dikeluarkan hakmilik muktamad kerana terdapat perbezaan ketara di antara keluasan yang diluluskan dengan keluasan tanah yang diusahakan.  Pihak JUPEM Selangor telah menangguhkan proses pengukuran bagi pengeluaran hakmilik muktamad tersebut kerana terdapat bantahan daripada penduduk kampung. Untuk makluman, Pentadbir Tanah Kuala Langat telah mengemukakan 3 kali permohonan ukur ke Jupem Selangor untuk tujuan pengukuran hakmilik muktamad, namun masih mendapat bantahan daripada penduduk. Beberapa siri perbincangan juga telah diadakan diantara penduduk dan Pentadbir Tanah Kuala Langat bagi menyelesaikan isu sempadan tanah tersebut namun tidak Berjaya.

    Oleh itu, semua kerja pengukuran bagi pengeluaran hakmilik muktamad di kawasan tersebut telah ditangguhkan sementara waktu sehingga kerja-kerja penyediaan pelan pra hitungan yang baharu mengikut kelulusan MMKN dan pelan pra-hitungan mengikut usaha bagi menentukan keluasan hakmilik muktamad setiap tanah-tanah hakmilik di Kampung Jaya Sepakat dapat disediakan dan dimuktamadkan Bersama penduduk kampung.

  2. Adakah keluasan lot-lot tanah telah dimuktamadkan?

    Pentadbir Tanah Kuala Langat telah mengadakan perbincangan bersama pihak JUPEM pada 11 Jun 2024.  Hasil daripada perbincangan  tersebut, Pentadbir Tanah Kuala Langat diminta menyediakan Pelan Pra Hitung yang dipersetujui oleh semua pihak mengikut keluasan yang telah diluluskan oleh pihak MMKN pada tahun 2001.  Oleh itu, Pentadbir Kuala Langat mencadangkan penyelesaikan seperti berikut:

     

    1. Mewujudkan satu taskforce yang diketuai oleh pihak PDT Kuala Langat dan penglibatan bersama pihak JUPEM Selangor, PTG Selangor dan MPKK bagi menentukan keluasan tanah sama ada mengikut keluasan pemberimilikan asal atau mengikut keluasan yang diusahakan. Pihak ADUN Kawasan juga diperlukan sebagai pengantara antara penduduk dan pihak Kerajaan.

     

    1. Pentadbir Tanah Kuala Langat mengemukakan permohonan peruntukan kepada pihak UPEN Selangor bagi melantik juru ukur tanah berlesen (JTB) untuk menjalankan kerja-kerja pengukuran di atas tanah.bagi penyediaan pelan butiran Kg. Jaya Sepakat.

     

    1. Sekiranya diluluskan, perlantikan JTB akan dilaksanakan dengan segera bagi penyediaan pelan pra-hitungan yang baharu mengikut kelulusan keluasan MMKN 2001.

     

    1. Pentadbir Tanah akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk setempat untuk menerangkan proses yang terlibat dalam pengukuran dan penandaan sempadan tanah hakmilik terlibat sebelum dan selepas kerja-kerja pengukuran dijalankan oleh JTB.

Lampiran

Tiada Lampiran.