Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
47) TANAH MPK YANG BELUM DIBANGUNKAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keluasan tanah yang dipunyai oleh MPK yang belum dibangunkan?
Senarai lokasi tanah berserta keluasan tanah Majlis yang belum dibangunkan.
KELUASAN BIL LOKASI STATUS TERKINI (kp) 1 PT 459, TANAH KOSONG SEK. 7, P. KLANG (Sebelah
Bgn Perhentian Bas
P.Klang)
81,996.00 Sedang disewakan sebagai tapak Uptown – C Wan Bundle 2 PT 12084, TANAH KOSONG JALAN
MELAWIS, KLANG
17,698.00 Tanah digunapakai oleh penduduk sebagai taman rekreasi. 3 PT 7 (1110), TANAH KOSONG JALAN KEM,
PELABUHAN KLANG
213,966.70 Terdapat kuil di atas tanah 4 L.O. NO. 59, BEKAS TAPAK PERHENTIAN BAS KLANG UTARA
16,733.00 Sebelum ini disewakan sebagai tapak Uptown – Nadi Kota 5 PT 1501, BEKAS TAPAK PERHENTIAN BAS
EKSPRES DAN TEKSI
LORONG KEPAYANG
11,943.00 Telah dijadikan tapak letak kereta awam. -
Senaraikan tempat-tempat lokasi tanah berkenaan.?
Sama seperti di SUB(a)
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan tanah tersebut tidak dibangunkan?
Faktor-faktor yang menyebabkan tanah tersebut tidak dapat dibangunkan :-
- Untuk membangunkan tanah-tanah tersebut, majlis memerlukan modal yang besar.
- Pihak swasta telah dialu-alukan untuk memberikan cadangan mereka untuk membangunkan tanah Majlis tetapi tiada cadangan yang diterima oleh Majlis.
Majlis juga bercadang untuk menjual tanah tersebut dan terdapat tawaran yang telah dibuat oleh pihak swasta yang berminat terhadap tanah-tanah Majlis. Walaubagaimanapun tawaran yang dikemukakan kepada Majlis di bawah harga pasaran dan Majlis tidak berminat dengan tawaran tersebut