Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

212) TANAH MILIKAN PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat perancangan Kerajaan Negeri untuk memajukan Lot Tanah 32309, HS (D) 284048, Bukit Badong Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor yang dimiliki PNSB?

    Ya, pihak PNSB sedang dalam perancangan untuk membangunkan lot tanah tersebut berdasarkan keboleh-laksanaan berdaya maju dan permintaan pasaran hartanah semasa.

  2. Sekiranya ada perancangan, apakah justifikasi pembangunan tersebut serta bilakah jangkaan tarikh mula dan jangkaan siap pembangunan tersebut?

    Seperti yang dinyatakan di atas, justifikasi pelaksanaan adalah bergantung kepada kajian pulangan selaras dengan kadar pulangan pembangunan hartanah semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.