Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
91) TANAH MILIK KERAJAAN YANG DITEROKA SECARA HARAM
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah keluasan tanah kerajaan negeri yang diteroka secara haram?
Sehingga Ogos 2015, keluasan tanah kerajaan yang telah diteroka secara haram adalah seluas 3,051.472 ekar.
-
Apakah tindakan kerajaan negeri kepada peneroka haram tanah milik kerajaan?
425 Kanun Tanah Negara, yang mana seseorang yang telah disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM10,000.00, atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya sekali. Penceroboh juga akan diarahkan untuk mengosongkan tanah kerajaan yang diceroboh mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam notis.