Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
203) TANAH LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (TOL)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan keluasan tanah TOL di Selangor dari 2010 hingga 2015 mengikut daerah.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui Pejabat Tanah dan Daerah (PTD), Jumlah keseluruhan kelulusan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) atau Temporary Occupation License (TOL) adalah sebanyak 1,397 dengan keluasan 184,535.72 ekar. Berikut adalah jumlah kelulusan dan keluasan LPS di Negeri Selangor mengikut daerah:
BIL. DAERAH JUMLAH KELULUSAN LPS KELUASAN (EKAR) 1. Gombak 20 5.68 2. Hulu Langat 36 2.15 3. Klang 1,085 184,143.00 4. Hulu Selangor 8 15.00 5. Kuala Langat 144 299.98 6. Kuala Selangor 44 13.30 7. Petaling 40 48.51 8. Sabak Bernam 6 6.16 9. Sepang 14 1.94 JUMLAH KESELURUHAN 1,397
184,535.72
( Sumber : Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) sehingga Disember 2015)Daripada keseluruhan kawasan LPS yang diluluskan dengan keluasan tersebut, semua Pejabat Tanah Daerah telah mengutip sebanyak RM2,209,513.18.
-
Apakah faktor yang membuatkan tanah TOL diambil semula?
Dalam Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 telah memperuntukkan bahawa semua LPS tertakluk kepada syarat-syarat kelulusan dan perkara-perkara berikut iaitu apabila:
- Tempoh LPS luput (berakhir pada 31 Disember setiap tahun kalendar);
- Tanah telah diusahakan degan tanaman kekal atau didirikan struktur kekal;
- LPS dibatalkan serta merta apabila berlaku perlanggaran mana-mana peruntukan yang tertakluk apabila ia dibayar pampasan pada bila-bila masa sebelum habis tempoh LPS;
- Tanah LPS yang ditawarkan diserahhak kepada orang lain; dan
- Telah berlaku kematian pemegang LPS atau pembubaran badan yang memegang LPS.
Tiada istilah tanah LPS diambil semula oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Walau bagaimanapun, berdasarkan Seksyen 67(1) dan (2) dan Seksyen 68 KTN, semua LPS yang diluluskan adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti di atas.