Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
11) TANAH LAPANG DI TEPI SRJK (T) AMPANG, JALAN AMPANG
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
2 tapak kosong di sebelah sekolah tersebut, satu untuk pejabat Rela dan satu untuk Dewan Orang Ramai adalah hak milik siapa?
Tapak Pejabat Rela telah diberi kebenaran oleh Pentadbir Tanah Hulu Langat pada 22 April 1981 untuk menduduki tapak tersebut bagi mendirikan pondok Rela dengan keluasan tapak 50’ x 70’ bagi Mukim Ampang. Manakala tapak Dewan Orang Ramai dahulunya telah dirizabkan untuk ‘Local Council Labour Reserve’ GN23-59 tetapi telah diwarta keluar. Tapak tersebut diletak di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan kedua-dua tapak adalah berstatus tanah kerajaan.
-
Sama ada kerajaan boleh pinjam atau pindah milik tanah tersebut kepada SRJK (T) Ampang untuk menjalankan aktiviti sekolah.
Persoalan sama ada pihak kerajaan boleh meminjamkan atau pindah milik tanah tersebut kepada SRJK (T) Ampang untuk menjalankan aktiviti sekolah adalah bergantung kepada permohonan yang dibuat oleh pihak Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) . Setiap permohonan tanah adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Walau bagaimanapun, dalam kes ini, permohonan tanah daripada PTP telah ditolak kerana tapak tersebut telah dizonkan di dalam Rancangan Tempatan MPAJ untuk kegunaan perniagaan.
-
Siapakah pengurus untuk kedua-dua dewan ini?
Sehingga tarikh laporan ini disediakan (November 2012) bangunan RELA diuruskan oleh Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Mukim Ampang 1, Daerah Hulu Langat. Dewan Orang Ramai pula diuruskan oleh Persatuan Kebajikan Masyarakat India Ampang, Selangor.