Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

187) TANAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI DAERAH KLANG

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah keluasan tanah milik kerajaan Negeri Selangor di Daerah Klang mengikut kategori
    i) Tanah Pertanian
    ii) Tanah Perindustrian
    iii) Tanah Perniagaan

    Seksyen 5 Kanun Tanah Negara menakrifkan tanah Kerajaan sebagai semua tanah di dalam Negeri itu (termasuk sebanyak dasar mana-mana sungai dan tepi pantai serta dasar laut seperti yang adalah dalam lingkungan wilayah Negeri itu atau batas perairan wilayah) SELAIN DARI:

     

    1. tanah berimilik;
    2. tanah rizab;
    3. tanah lombong;
    4. mana-mana tanah yang, di bawah peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan hutan (sama ada diluluskan sebelum atau selepas permulaan Akta ini), buat masa itu adalah hutan simpanan.

    Mengikut Seksyen 52 (3) Kanun Tanah Negara, kategori penggunaan tanah akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri semasa tanah tersebut diluluskan untuk pemberimilikan. Sehubungan dengan itu, tiada keluasan mengikut kategori bagi tanah kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.