Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

149) TANAH KERAJAAN NEGERI DI DAERAH KUALA LANGAT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan nama projek perumahan / perdagangan di sebidang tanah kosong di Jalan Cendena 5, Taman Muhibbah, Banting Selangor? Adakah tanah rizab untuk membina sebuah padang permainan kanak-kanak di tanah lapang tersebut

    Pembangunan perumahan yang mengandungi 23 unit rumah teres 2 tingkat di atas Lot 1191 – Lot 1195, Seksyen 1, Bandar Banting untuk Tetuan Intan Jugra Sdn.

    Ada. Sebanyak 5.35% daripada keluasan pembangunan keseluruhan 1.367 ekar.

  2. Berapakah keluasannya

    0.084 ekar.

  3. Apakah kelengkapan yang ada pada padang permainan kanak-kanak ini?

    Permohonan pelan landskap masih belum dikemukakan lagi oleh pemaju. Tetapi bagi permohonan pembangunan baru dan mengikut garis paduan kelulusan pelan landskap dan syarat-syarat sokongan CCC, pemaju perlu mematuhi garis panduan seperti jadual bagi pengisian kawasan

     

    Bil. Luas Kawasan Lapang Kemudahan yang perlu disediakan
    1. < 0.25 ekar –   1 set alat permainan kanak-kanak bersepadu

    –   4 bangku tempat duduk

    –   2 tong sampah

    –   2 unit jongkang jongkit

    2. 0.25 – 0.50 ekar –   1 set alat permainan kanak-kanak bersepadu

    –   4 bangku tempat duduk

    –   4 tong sampah

    –   2 unit jongkang jongkit

    –   1 gelanggang bersepadu

    3. 0.5 – 1.0 ekar –   1 set alat permainan kanak-kanak bersepadu

    –   4 bangku tempat duduk

    –   4 tong sampah

    –   2 unit jongkang jongkit

    –   1 gelanggang bersepadu

    –   1 unit gelanggang bola keranjang/futsal

    –   Lorong pejalan kaki/jogging track

    –   1 unit wakaf

    4. 1.0 ekar < –   Padang bola sepak

    –   Jongging track

    –   8 bangku tempat duduk

    –   8 unit tong sampah

     

Lampiran

Tiada Lampiran.