Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

195) TANAH KERAJAAN DI TAMAN SEROJA, JALAN REKO, KAJANG

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sekelompok penduduk India dan Cina telah mendiami di atas tanah tol sejak 30 tahun lalu. Mereka memohon pecah lot bagi memiliki tanah tersebut dan mengangkat permohonan kepada pihak berkuasa. Apakah kedudukan status tanah tersebut?

    1. Tanah tersebut masih berstatus tanah kerajaan dan termasuk di dalam sebahagian  Rizab Sungai

     

    Terdapat sebanyak 36 permohonan pemberimilikan tanah (Jadual 1) telah diterima oleh Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat pada 10 Februari 2010 dan masih dalam tindakan. Dari rekod pejabat, hanya terdapat seorang pemohon sahaja yang pernah dikeluarkan Lesen Menduduki Sementara (LMS) di kawasan berkenaan tetapi tidak diperbaharui sehingga kini.

  2. Adakah kemungkinan permohonan mereka diluluskan?

    1. Pertimbangan bagi kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut :

     

    1. Ulasan daripada Jabatan Teknikal yang berkenaan seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Langat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Hulu Langat dan lain-lain jabatan yang berkaitan; dan
    2. Permohonan diproses secara berkelompok untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

     

    Semua permohonan sedang dalam proses dan akan diangkat untuk keputusan MMKN dalam masa 4 bulan selaras dengan Piagam Pelanggan Bahagian Tanah Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat tertakluk penerimaan semua ulasan jabatan teknikal.

  3. Jika tidak, mengapa sebahagian tanah-tanah berdekatan telah diberi hak milik?

    1. Tanah-tanah yang berdekatan yang telah diberi hak milik sejumlah satu (1) permohonan adalah berdasarkan kepada permohonan secara individu dan tidak terlibat dengan faktor alam (pengalihan sungai) pada ketika

Lampiran

Tiada Lampiran.