Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

107) TANAH INDUSTRI DI PETALING JAYA

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan semua tanah industri di Petaling Jaya yang mempunyai tempoh pajakan kurang daripada 10 tahun.

    Untuk makluman Yang Berhormat Tuan, tiada tanah industri di Bandar Petaling Jaya yang mempunyai tempoh pajakan kurang daripada 10 tahun.

  2. Sila senaraikan semua tanah industri di Petaling Jaya yang telah dilanjutkan tempoh pajakan atau telah ditukar syarat nyata tanah dalam tahun 2020 dan 2021.

    Untuk makluman Yang Berhormat Tuan, tiada tanah industri di Bandar Petaling Jaya yang telah dilanjutkan tempoh pajakan atau telah ditukar syarat nyata tanah dalam tahun 2020 dan 2021.

Lampiran

Tiada Lampiran.