Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

55) TANAH HESI

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan tanah-tanah HESI yang telah diberikan kepada institusi agama selain Islam mengikut agama dan daerah masing-masing.

    Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan sebanyak 248 tanah kepada Rumah Ibadat Selain Islam. Statistik kelulusan mengikut agama adalah seperti Jadual di bawah: (Disertakan senarai tanah-tanah HESI).

    JENIS RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM TAHUN JUMLAH KESELURUHAN 2008-2016
    2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016
    TOKONG 13 7 8 15 11 15 13 9 20 111
    KUIL 19 13 10 7 8 11 6 12 16 102
    GEREJA 11 2 1 2 0 5 2 1 3 27
    GURDWARA 0 2 3 1 0 1 0 0 1 8
    JUMLAH 43 24 22 25 19 32 21 22 40 248

     

  2. Senaraikan tanah-tanah HESI yang belum diberikan hak pengurusan kepada mana-mana pihak mengikut daerah masing-masing.

    Senarai tanah-tanah HESI yang belum diberikan kepada mana-mana pihak mengikut PBT seperti Jadual berikut :

    PIHAK BERKUASA TEMPATAN LOKASI DAN ALAMAT
    MBSA 1. No. 2, Jalan Setia Prima W U13/W
    2. No. 2, Jalan Setia Impian U13/6
    3. No. 7, Jalan Setia Prima U U13/U
    4. No. 1, Persiaran Setia Makmur
    5. No. 2, Jalan Setia Perdana U13/31
    MDHS 1. Lot 13777, Bukit Beruntung, Serendah (Kuil India)
    2. Lot 13778, Bukit Beruntung, Serendah (Tokong Cina)
    3. Lot 16951, Bukit Sentosa, Serendah (Gurdwara Sikh)
    4. Lot 20171, Prima Beruntung, Serendah (Kuil India)
    5. Sungai Buaya, Serendah (Kuil India)
    MPSJ Tiada Tapak Kosong

Lampiran

Tiada Lampiran.