Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
142) TANAH HAK MILIK MAJLIS PERBANDARAN KLANG
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah dan keluasan tanah hak milik Majlis Perbandaran Klang mengikut kategori
i) Tanah Pertanian
ii) Tanah Perindustrian
iii) Tanah Perniagaan.Majlis Perbandaran Klang mempunyai 11 unit tanah berhakmilik atas nama Majlis Perbandaran Klang dengan syarat tanah Bangunan Perniagaan. Jumlah keseluruhan keluasan tanah tersebut adalah 373,724 kaki persegi. Senarai tanah berhakmilik Majlis Perbandaran Klang adalah seperti yang berikut:
-
Nyatakan bilangan tanah yang ada penyewa dan kosong (untuk disewa).
Daripada jumlah 11 unit tanah berhakmilik tersebut, sebanyak 6 tapak telah dan disewakan manakala 5 unit lagi merupakan tapak masih kosong. Selain daripada itu, pihak Majlis turut mempunyai 25 unit tanah yang berstatus Warta. Daripada 25 unit tanah tersebut, sebanyak 14 unit telah disewakan manakala 9 unit lagi tidak disewakan atas dasar:
- Tidak sesuai untuk disewakan disebabkan untuk kegunaan awam;
- Pihak Majlis telah mempunyai perancangan pembangunan ke atas tapak tersebut.