Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

118) TANAH GANTIAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilakah pihak Kerajaan akan membenarkan penempatan Kampung Bagan Sekinchan dari lorong 6 hingga lorong 12 diberikan hak milik tanah dengan menggunakan kaedah tanah gantian ?

    Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam telah mengenal pasti tapak iaitu di Kawasan
    Sungai Tengar Utara, Mukim Sabak, Daerah Sabak Bernam untuk diwartakan
    sebagai tanah gantian rizab Melayu.

  2. Sila nyatakan apakah punca sebenar yang menyebabkan kawasan penempatan Kampung Bagan Sekinchan ,Bagan Nakhoda Omar dan Bagan Sungai Burung berada dalam zon tanah rizab Melayu walaupun sudah berpuluh tahun para penduduk cina tinggal di situ ?

    Tanah telah dirizabkan terlebih dahulu sebelum penempatan berlaku. Perizaban
    sebagai tanah rizab Melayu telah diwartakan pada tahun 1928 dan 1933.
    Pendudukan kaum cina adalah selepas pewartaan berlaku.

  3. Sila perjelaskan tempoh masa yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah tersebut ?

    proses pewartaan tanah rizab Melayu berdasarkan piagam pelanggan adalah lebih
    kurang 4 bulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.