Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

281) TANAH FELDA SG TENGI

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap tanah Felda berdekatan Sg Tengi, yang gagal ditukar hakmilik dirampas oleh Kerajaan Selangor?

    Untuk makluman Y.B. Puan, berdasarkan rekod, tiada tanah yang dirampas oleh Kerajaan Negeri memandangkan status tanah kawasan tersebut adalah asalnya merupakan Hutan Simpan Bukit Belata dan bukan berstatus tanah hakmilik.

     

    Selepas sebahagian Hutan Simpan Bukit Belata di Mukim Hulu Bernam dan Mukim Sungai Tinggi yang telah dibatalkan pewartaan Hutan Simpan merujuk Pelan Warta 1453 dengan keluasan 4,697.7 ekar (1,901.1 hektar), Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 25/2012 melalui Kertas MMK. No. 40/25/2012 telah meluluskan perkara berikut:

     

    1. Pewartaan di bawah Seksyen 4,5,6 dan 8 Akta GSA 1960 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan hanya untuk ladang dan penempatan peneroka seramai 139 orang di FELDA Sg. Tengi Selatan seluas lebih kurang 1,679 ekar (679.97 hektar).

     

    1. Pemberimilikan kepada FELDA bagi tapak kilang sawit dan perumahan kakitangan kilang seluas lebih kurang 148.26 ekar (60 hektar). Hakmilik yang telah didaftarkan adalah seperti berikut:

     

    2.1    HSM 3261 PT 3564 (Kilang)

    2.2    HSM 3259 PT 3566 (Rumah kakitangan kilang)

     

    1. Pemberimilikan kepada Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) seluas lebih kurang 2,780 ekar (1,128 hektar). Sebanyak enam (6) hakmilik telah didaftarkan untuk tujuan pertanian iaitu:

     

    3.1    HSD 48342 PT 3555

    3.2    HSD 48343 PT 3556

    3.3    HSD 48344 PT 3557

    3.4    HSD 48341 PT 1681

    3.5    HSD 48346 PT 1683

    3.6          HSD 48347 PT 1684

Lampiran

Tiada Lampiran.