Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
252) TANAH DI HULU BERNAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan tanah-tanah Kerajaan Negeri yang masih belum dibangunkan di DUN Hulu Bernam pecahan mengikut tanah rizab, tanah lombong & tanah bermiliki secara terperinci?
Untuk makluman Y.B. Tuan, merujuk Seksyen 5 Kanun Tanah Negara iaitu tafsiran bagi ‘tanah Kerajaan’ ertinya semua tanah di dalam Negeri itu (termasuk sebanyak mana dasar mana-mana sungai, dan tepi pantai serta dasar laut, seperti yang adalah dalam lingkungan wilayah Negeri itu atau batas perairan wilayah) selain dari –
(i) Tanah berimilik;
(ii) Tanah rizab;
(iii) Tanah lombong;
(iv) Mana-mana tanah yang, di bawah peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan hutan (sama ada diluluskan sebelum atau selepas permulaan Akta ini), buat masa itu adalah hutan simpanan.
Berdasarkan tafsiran ini, tiada sebarang pembangunan dibenarkan di atas tanah yang masih berstatus tanah Kerajaan.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan tanah - tanah tersebut?
Untuk makluman Y.B. Tuan, tanah-tanah yang hendak dibangunkan adalah perlu terlebih dahulu dilupuskan melalui kaedah-kaedah tertentu berdasarkan seksyen-seksyen yang dinyatakan di dalam Kanun Tanah Negara. Perancangan pembangunan kelak adalah berdasarkan permohonan pemilik tanah untuk dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan atau Pegawai Pengawal sesuatu tanah rizab.