Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
94) TANAH DAN SUMBER ALAM
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan dalam menyelaraskan tanah-tanah yang terbiar bagi mengelakkan penggunaan secara haram?
Bagi tanah – tanah yang telah diwartakan untuk kegunaan awam tetapi masih belum dibangunkan oleh agensi; orang awam boleh memohon ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor untuk memajak tapak berkenaan bagi digunakan untuk aktiviti pertanian. Selain itu, pihak MPHS juga menganjurkan aktiviti Kebun Komuniti dengan menggalakkan Persatuan Penduduk untuk mengusahakan aktiviti pertanian skala kecil bersama penduduk.
-
Apakah usaha kerajaan dalam memastikan penggunaan tanah-tanah bagi tujuan pertanian lebih teratur dan sistematik?
Bagi memastikan aktiviti pertanian yang dijalankan teratur dan sistematik pihak MPHS mensyaratkan perkara – perkara berikut:
i. Bagi aktiviti penternakan ayam pedaging / penelur dan penternakan ikan pihak MPHS mesyaratkan pengusaha mengemukakan permohonan pelan pemajuan supaya pihak agensi teknikal boleh memberi syarat teknikal agar pemajuan yang dijalankan tidak mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar;
ii. Pihak MPHS juga mensyaratkan pengusaha untuk mendapatkan Sijil MyGap dan Amalan Ladang Baik dari Jabatan Pertanian Malaysia.
iii. Bagi menjalankan kerja – kerja tanah pertanian juga pihak MPHS mensyaratkan agar pemilik tanah mendapatkan kebenaran dari pihak MPHS bagi mengelakkan pembukaan tanah secara tidak sistematik yang akhirnya akan menyebabkan bencana banjir dan tanah runtuh.