Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

230) TANAH DAN HUTAN SIMPAN

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah hektar sawah yang diusahakan di Selangor dan jumlah hektar sawah yang ditukar kepada status pelancongan?

    Buat masa ini, jumlah hektar sawah yang diusahakan di Selangor adalah 17,709 ha, manakala jumlah keluasan sawah yang ditukar kepada tanaman lain atau tujuan lain adalah 1,077 ha.

  2. Berapakah keluasan hutan simpan Sungai Karang yang masih kekal tidak dimiliki oleh mana-mana agensi/koperasi?

    Keluasan Hutan Simpan Sungai Karang yang diwartakan pada 8 Januari 1990 adalah 37,668.95ha. Keseluruhan Hutan Simpan Sungai Karang ini adalah merupakan milik Kerajaan Negeri Selangor dan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor berdasarkan perundangan dan polisi yang sedang berkuatkuasa.

  3. Berapa agensi/koperasi yang memiliki tanah serta senaraikan Ahli Lembaga Pengarah setiap agensi/koperasi?

Lampiran

Tiada Lampiran.