Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
175) TANAH BAWAH PESURUHJAYA TANAH PERSEKUTUAN (PTP)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah keluasan yang terbabit di kawasan Gombak dan telah dibangunkan mengikut keperluan tanah yang dipohon?
Keluasan tanah di bawah PTP di Daerah Gombak yang telah dibangunkan ialah 159.13 hektar. Pecahan pembangunan mengikut keperluan adalah seperti Lampiran A.
-
Adakah terdapat tanah tersebut disewakan kepada orang lain dan Kerajaan Negeri beroleh pulangan dari aktiviti tersebut?
Tanah di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) merupakan tanah kerajaan yang telah diberimilik kepada PTP serta tanah milik yang telah dibuat pengambilan bagi kegunaan tertentu oleh PTP. Selepas diberimilik, tanah-tanah ini terletak di bawah seliaan dan pemantauan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG). Oleh yang demikian, sebarang rekod sewaan tanah PTP adalah di bawah seliaan JKPTG. Berdasarkan rekod yang diterima daripada JKPTG, terdapat permohonan dan kelulusan sewaan diberi ke atas sebahagian tanah PTP dan hasil/pulangan daripada sewaan tersebut adalah kepada Kerajaan Persekutuan.