Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
30) TANAH BANGLO DI USJ 3B DAN 3D
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila berikan latar belakang dan kronologi pemberian tanah-tanah banglo di kawasan perumahan USJ 3B dan USJ 3D ( seperti butir-butir kegunaan asal, tarikh permohonan, kelulusan, bayaran dan sebagainya).
Mesyuarat EXCO MTES Bi 6/2001 yang telah diadakan pada 20 Februari 2001 telah
menimbang dan bersetuju meluluskan pemberimilikan tanah di Mukim Sempadan
Ladang Ibor, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling kepada 100
pemohon seluas kira-kira 5132 kaki persegi hingga 6546 kaki persegi tiap-tiap plot
untuk tujuan tapak rumah kediaman. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang
diadakan pada 21 Februari 2001 MMK ke 5/2001 telah menimbang dan bersetuju
keputusan EXCO MTES meluluskan pemberimilikan tanah di Mukim Sempadan
Ladang Ibor, Subang Jaya, Mukim Damansara, Daerah Petaling. Permohonan telah
dikemukakan pada tahun 2000 dan premium yang dikenakan RM2.00 sekaki persegi
(kadar berpandukan kebanyakan pemohon adalah pemegang Lesen Menduduki
Sementara dan jenis tanah adalah tanah desa). -
Sila senaraikan nama pemilik, jumlah premium tanah yang telah dibayar dan cara penjualan tanah-tanah banglo ini (sama ada melalui rundingan terus, iklan atau sebagainya).
Senarai seperti di lampiran A
-
Mengapakah soalan ini tidak dijawab semasa ditanya pada tahun 2008?
Tidak dapat maklumat soalan ini sama ada dikemukakan sebagai soalan pertanyaan
mulut atau dibahaskan dalam dewan.