Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

125) TANAH BAGI RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM DI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan tanah-tanah pewartaan bagi tujuan rumah ibadat selain Islam yang telah diluluskan di bawah DUN Balakong sejak Tahun 2018.

    Merujuk kepada data yang dibekalkan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) terdapat dua (2) bidang tanah yang telah melalui proses pewartaan bagi tujuan rumah ibadat selain Islam (RISI) di DUN Balakong dalam tempoh 2018 hingga 2024 seperti berikut:

     

    • Pewartaan tanah kerajaan Lot 811, Kg Baru Sungai Chua, Bandar Kajang di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 bagi tujuan kemudahan awam (Tokong). Permohonan ini telah disokong oleh MPKj untuk Pertubuhan Buddhis Manju-Suddhi (Keleting Buddha) melalui surat bil. (4)dlm.MPKj.1TS/JPP/BPB/135-2019 bertarikh 18 Mac 2022; dan

     

    • Pewartaan tanah Kerajaan Lot 46771 Lingkaran Bandar Puncak Utama, Mukim Kajang 1965 bagi tujuan kemudahan awam (Tokong) untuk Persatuan Penganut Tao Hua Xian Je bertarikh 22 Oktober 2015 dengan nombor warta 4032. Kelulusan Kebenaran merancang juga telah dikeluarkan oleh MPKj melalui surat bertarikh 11 Mei 2021.

Lampiran

Tiada Lampiran.